Teater tradisional Malaysia terbentuk dalam kepelbagaian yang unik, tersendiri dan menarik. genre seni ini mewakili latar belakang kebudayaan masyarakat asal yang mempeloporinya. Justeru, pengaruh kebudayaan masyarakat jelas terpancar dalam semua item penting yang terkandung di dalamnya sama ada peralatan muzik, gerak tari, kostum dan konsep persembahannya. Identiti tersebut terus diwarisi dalam teater tradisi yang masih wujud seperti Mak Yung (Kelantan), Mek Mulung (Kedah), Wayang Kulit (Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor), Jikey (Kedah dan Perlis), Nur Sakti (Terengganu), Hamdolok (Johor), Tarian Pulai (Johor), dan Rodat di Terengganu.


**disunting dari KEKWA

Tiada ulasan:

PROGRAM AKAN DATANG

SILA KLIK TAJUK UNTUK MAKLUMAT LANJUT
SIRI TEATER BULANAN

LAGU-LAGU PAHANG