1. PERTEMUAN NGO DENGAN DATO' MAZNAH MAZLAN
Satu pertemuan Pertubuhan bukan krajaan yang berkaitan dengan JAbatan Kebudayaan Kesenian Dan Warisan telah diadakan di Taman Budaya Kuantan. Pertemuan ini diadakan untuk menyelaras, menyusun dan merangka program-program yang berkaitan dengan Jabatan Kebudayaan Kesenian dan Warisan. Satu sesi dialog dengan Dato' Maznah selaku Exco Kebudayaan, Kesenian dan Pelancungan Negeri Pahang.

2. TAKLIMAT PENGURUSAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL PERTUBUHAN
Bendahari telah menghadiri Majlis TAklimat Pengurusan dan Penyampaian sijil-sijil pertubuhan anjuran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Pahang yang diadakan pada 19 Ogos 2006 di Hotel Grand Continental.

3. PERSEMBAHAN TEATER SANGKAR MADU
Bersesuaian dengan Kursus Teknikal Teater yang dijalankan oleh Pejabat Kebuadayan Kesenian Dan Warisan Pahang, MTNP telah mementaskan "Teater Sangkar Madu" pada 27-28 Febuary 2007 bertempat di Taman Budaya Kuantan. Teater ini diarahkan oleh saudara Abdullah Karim@A.K Hidayat. Persembahan ini menjadi panduan kepada peserta-peserta Kursus Teknikal Teater yang sedang dijalankan di Taman Budaya Kuantan.

4. PERSEMBAHAN DECON DI KOLEJ SHAHPUTRA KUANTAN
MTNP mengadakan persembahan Decon Patriotik di Kolej Shahputra Kuantan Pada 28 April 2007 sempena program yang dianjurkan oleh Kolej tersebut. Decon ini diarahkan oleh Azmi Ahamad.

5. PERSEMBAHAN PUISI ISLAM SEMPENA EKSPIDISI BERAKIT 2007
Satu persembahan Puisi Islam (Manifestasi) bertajuk "kepulangan" telah dijayakan oleh MTNP dengan kerjasama JKKK Chenor sempena Ekspidisi Berakit Antarabangsa Sunagai Pahang 2007, pada 3 April 2007 di Hentian Chenor. Persembahan ini diarahkan oleh Sdr.Nazri Sham.

Tiada ulasan:

PROGRAM AKAN DATANG

SILA KLIK TAJUK UNTUK MAKLUMAT LANJUT
SIRI TEATER BULANAN

LAGU-LAGU PAHANG