Majlis Teater Negeri Pahang akan mengadakan Anugerah Teater Inderapura 2008. Penganugerahan ini julung kali diadakan, bagi memberi pengiktirafan kepada tokoh-tokoh teater sejak tahun lima puluhan hingga sekarang.

Ia diadakan dalam satu majlis jamuan makan malam yang diadakan di Dewan Kediaman Menteri Besar Pahang, Jalan Telok Sisek Kuantan, pada satu tarikh yang akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

Majlis tersebut akan dihadiri oleh seluruh budayawan (seniman) Negeri Pahang yang akan diundang. Program ini di bawah naungan YAB Dato' Sri Hj Adnan Hj Yaakob, Menteri Besar Pahang.

Maklumat lanjut berkaitan program ini akan disiarkan dalam blog ini dari semasa ke semasa.

Tiada ulasan:

PROGRAM AKAN DATANG

SILA KLIK TAJUK UNTUK MAKLUMAT LANJUT
SIRI TEATER BULANAN

LAGU-LAGU PAHANG